Pada hari ini, saya akan mendedahkan sikap pemandu di Malaysia . Saya bukan mahu memburukkan nama negara tetapi ingin menyatakan fakta bagi menyedarkan segelintir masyarakat. "Post" saya juga mungkin agak panjang pada kali ini ^_^ .
Sikap Pemandu di Malaysia
1. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
- Apa salahnya jika kita menggunakan "earphone" atau berhenti kereta di tepi jalan untuk bercakap di telefon? =D .
2. Tidak mematuhi lampu isyarat.
- Maksud lampu isyarat :-
Hijau: Jalan sekiranya selamat.
Kuning: Sedia (untuk berhenti) / Lajukan kenderaan anda sekiranya telah melepasi garisan.
Merah: Berhenti!
3. Meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
- Sesetengah pemandu meletakkan kenderaan di tempat khas seperti "VIP" atau tempat OKU (Orang Kelainan Upaya).
4. Memotong kereta di hadapan.
- Pemandu tidak sabar dan memotong kereta yang di hadapannya.
5. Meletakkan kereta berlapis (double parking) .
- Kereta yang diletakkan secara haram dan menghalang kereta yang parkir mengikut undang-undang.
6. Terlalu Prihatin !
- Bila ada sahaja kemalangan, ianya seperti naluri pertama kita mengatakan untuk berhenti dan menonton, dan mungkin sehinggan mengambil beberapa foto sepanjang melaluinya. Ini merupakan penyebab kepada kesesakan terjadi, sedangkan ianya mungkin boleh dielakkan.
Inilah sikap-sikap pemandu di Malaysia. Bak kata orang barat, "Sad, but true" :'( .
No comments:
Post a Comment