Assalamulaikum w.b.t para pembaca..
Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca berita yang sama ada terpampang di dada akhbar, televisyen mahupun di Internet mengenai kemalangan jalan raya yang sering meningkat dari semasa ke semasa. Persoalannya adalah ...
Apakah puncanya?
Antara punca kejadian berikut adalah disebabkan oleh pengguna-pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya. Mereka tidak mahu mengikuti undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah bersyukur kerana kerajaan dan pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya
- Papan tanda dapat mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan di jalan raya.
- Menunjukkan arah tuju destinasi kita.
- Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
- Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.
- Meningkatkan keselamatan negara dan mengharumkan nama negara.
- Prihatin dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain.
- Pemandu akan lebih berhati-hati semasa memandu di jalan raya.
Sekian, Terima Kasih :)
No comments:
Post a Comment