Tuesday 1 July 2014

Kesimpulan

Assalamualaikum w.b.t para pembaca,

Terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya yang hanya sekadar sederhana berbanding blog rakan-rakan yang lain. Anda yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mencipta blog ini.


Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa mematuhi papan tanda jalan raya untuk memastikan sepanjang perjalanan kita selamat. Kita juga perlulah menjaga papan tanda ini sebaik mungkin untuk kegunaan orang lain. Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita wajarlah mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan diri kita dan juga orang lain.

Marilah menjadi pengguna yang bijak :) . Ingatlah orang yang tersayang ketika memandu <3 .

Sekian, terima kasih ...


Vandalisme Terhadap Papan Tanda

Assalamualaikum w.b.t para pembaca ..

menunjukkan keadaan sesebuah papan tanda yang rosak

Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berasa bertuah kerana mempunyai kemudahan awam seperti papan tanda yang banyak membantu semasa perjalanan. Oleh itu, kita haruslah menjaganya sebaik mungkin agar dapat dimanfaatkan kepada orang lain pada masa akan datang. Kita juga haruslah sedar tentang kepentingan papan tanda yang amat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat.

Namun begitu, ada segelintir dari kalangan kita yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini. Ini merupakan perkara yang amat mendukacitakan. Sebagai rakyat yang prihatin, kita haruslah bersyukur di atas pemberian ini kerana papan tanda sudah banyak membantu dalam kehidupan seharian kita.


Papan tanda yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu, keadaan ini akan menyakitkan mata memandang. Para pelancong juga akan memandang serong terhadap masyarakat di negara kita sekaligus menjatuhkan reputasi negara Malaysia. Perkara ini memberikan impak yang amat besar terhadap Industri Pelancongan.

Konklusinya, program dan kempen perlu dianjurkan bagi menyedarkan dan mendidik masyarakat supaya menghargai papan tanda dan kemudahan awam yang lain. Kita haruslah mengambil serius agar perkara ini dapat dibendung untuk kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih :)


Tips Memulakan Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t para pembaca ...

Pada hari ini saya ingin berkongsi tips untuk para pembaca agar sama-sama dapat mencegah perkara yang tidak diingini ketika memandu.


1. Bertolak awal untuk perjalanan yang jauh .
  - mengelakkan anda daripada memandu dengan tergesa-gesa dan melebihi had laju yang ditetapkan.

2. Pakai tali pinggang keledar.
  - mengelakkan sebarang kecederaan kritikal.
  - sedia kerusi khas untuk bayi jika anda membawa bayi.

3. Pastikan kanak-kanak kecil duduk dia kerusi belakang.
  - dapat mengurangkan gangguan konsenstrasi ketika memandu.

4. Kedudukan kerusi pemandu yang betul.
  - dapat menambah keselesaan semasa memandu.
  - letakkan kaki anda di tempat yang sepatutnya.

Akhir sekali, kita mestilah membaca doa menaiki kenderaan agar perjalanan kita selamat daripada segala ancaman bahaya.


Sekian, terima kasih :)

Sunday 29 June 2014

Indeks Kematian Jalan Raya

Assalamualaikum w.b.t para pembaca ... Hari ini saya ingin memberitahu tentang Indeks Kematian Jalan Raya dari tahun 2001 - 2011 . Semoga bemanfaat. :)


Sekian, terima kasih. =D

p/s : Sila klik pada gambar untuk dibesarkan.

Sumber rujukan :  http://www.jkjr.gov.my/ms/maklumat_keselamatan/statistik/func-startdown/19/

Saturday 28 June 2014

Sikap Pemandu di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t para pembaca ..

Pada hari ini, saya akan mendedahkan sikap pemandu di Malaysia . Saya bukan mahu memburukkan nama negara tetapi ingin menyatakan fakta bagi menyedarkan segelintir masyarakat. "Post" saya juga mungkin agak panjang pada kali ini ^_^ .


Sikap Pemandu di Malaysia 


1. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
- Apa salahnya jika kita menggunakan "earphone" atau berhenti kereta di tepi jalan untuk bercakap di telefon? =D .

2. Tidak mematuhi lampu isyarat.
- Maksud lampu isyarat :-
      Hijau: Jalan sekiranya selamat.
      Kuning: Sedia (untuk berhenti) / Lajukan kenderaan anda sekiranya telah melepasi garisan.
      Merah: Berhenti!
3. Meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
- Sesetengah pemandu meletakkan kenderaan di tempat khas seperti "VIP" atau tempat OKU (Orang Kelainan Upaya).
4. Memotong kereta di hadapan.
- Pemandu tidak sabar dan memotong kereta yang di hadapannya.


5. Meletakkan kereta berlapis (double parking) .
Kereta yang diletakkan secara haram dan menghalang kereta yang parkir mengikut undang-undang.


6. Terlalu Prihatin !
- Bila ada sahaja kemalangan, ianya seperti naluri pertama kita mengatakan untuk berhenti dan menonton, dan mungkin sehinggan mengambil beberapa foto sepanjang melaluinya. Ini merupakan penyebab kepada kesesakan terjadi, sedangkan ianya mungkin boleh dielakkan.

Inilah sikap-sikap pemandu di Malaysia. Bak kata orang barat, "Sad, but true" :'( .

                         : http://www.arenakereta.com/2013/10/28/tabiat-pemandu-di-malaysia-yang-menjengkelkan/                       

Tips Keselamatan Jalan Raya

Assalamualaikum w.b.t para pembaca ..

Hari ini saya akan memberi sedikit tips tentang keselamatan jalan raya. Harap dapat membantu anda dalam memandu dengan selamat :) .


1 . Pastikan tayar kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan berbunga .

2. Jangan bercakap di telefon ketika memandu.

3. Pakai tali pinggang keledar,

4. Patuhilah undang-undang jalan raya.

5. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

6. Jangan membawa barang melebihi muatan yang sepatutnya.

7. Jangan memandu ketika sedang mengantuk .


Ingatlah orang tersayang <3 .. 

"Biar lambat, asalkan selamat"

Sekian, terima kasih =D

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Assalamulaikum w.b.t para pembaca..

Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca berita yang sama ada terpampang di dada akhbar, televisyen mahupun di Internet mengenai kemalangan jalan raya yang sering meningkat dari semasa ke semasa. Persoalannya adalah ...

Apakah puncanya?


Antara punca kejadian berikut adalah disebabkan oleh pengguna-pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya. Mereka tidak mahu mengikuti undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah bersyukur kerana kerajaan dan pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya. 

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya


  • Papan tanda dapat mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan di jalan raya.
  • Menunjukkan arah tuju destinasi kita.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
  • Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.
  • Meningkatkan keselamatan negara dan mengharumkan nama negara.
  • Prihatin dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain.
  • Pemandu akan lebih berhati-hati semasa memandu di jalan raya.
Marilah sama-sama menjadi pengguna yang bijak ..

Friday 27 June 2014

Maksud Papan Tanda

Assalamualaikum w.b.t para pembaca...

Menurut wikipedia, papan tanda merujuk kepada reka bentuk atau penggunaan tanda-tanda dan simbol-simbol untuk berkomunikasi mesej kepada kumpulan tertentu, biasanya untuk tujuan pemasaran atau sejenis sokongan.

Tujuan utama adalah untuk berkomunikasi, menyampaikan apa-apa maklumat bahawa penerima boleh membuat keputusan kognitif berdasarkan maklumat yang diberikan. Umumnya, tanda-tanda boleh dikelaskan mengikut fungsi-fungsi berikut: 

  1. Maklumat : Tanda-tanda menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan dan kemudahan, seperti peta, direktori, atau tanda-tanda pengajaran.
  2. Arah : tanda-tanda yang menunjukkan lokasi perkhidmatan, kemudahan, ruang fungsi dan bidang utama, seperti jawatan tanda atau anak panah arah.
  3. Pengenalan : tanda-tanda perkhidmatan dan kemudahan, seperti nama dan nombor bilik atau papan tanda tandas.
  4. Keselamatan dan Pengawalan : tanda-tanda memberi amaran atau arahan keselamatan, seperti tanda-tanda amaran, tanda-tanda lalu lintas, tanda-tanda keluar, atau tanda-tanda menyampaikan peraturan dan undang-undang.

Sekian Terima Kasih :) 


Blinking Cute Box CatAnna - Disney's FrozenAnna - Disney's Frozen