Tuesday 1 July 2014

Kesimpulan

Assalamualaikum w.b.t para pembaca,

Terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya yang hanya sekadar sederhana berbanding blog rakan-rakan yang lain. Anda yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mencipta blog ini.


Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa mematuhi papan tanda jalan raya untuk memastikan sepanjang perjalanan kita selamat. Kita juga perlulah menjaga papan tanda ini sebaik mungkin untuk kegunaan orang lain. Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita wajarlah mematuhi undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan diri kita dan juga orang lain.

Marilah menjadi pengguna yang bijak :) . Ingatlah orang yang tersayang ketika memandu <3 .

Sekian, terima kasih ...


Vandalisme Terhadap Papan Tanda

Assalamualaikum w.b.t para pembaca ..

menunjukkan keadaan sesebuah papan tanda yang rosak

Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berasa bertuah kerana mempunyai kemudahan awam seperti papan tanda yang banyak membantu semasa perjalanan. Oleh itu, kita haruslah menjaganya sebaik mungkin agar dapat dimanfaatkan kepada orang lain pada masa akan datang. Kita juga haruslah sedar tentang kepentingan papan tanda yang amat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat.

Namun begitu, ada segelintir dari kalangan kita yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini. Ini merupakan perkara yang amat mendukacitakan. Sebagai rakyat yang prihatin, kita haruslah bersyukur di atas pemberian ini kerana papan tanda sudah banyak membantu dalam kehidupan seharian kita.


Papan tanda yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu, keadaan ini akan menyakitkan mata memandang. Para pelancong juga akan memandang serong terhadap masyarakat di negara kita sekaligus menjatuhkan reputasi negara Malaysia. Perkara ini memberikan impak yang amat besar terhadap Industri Pelancongan.

Konklusinya, program dan kempen perlu dianjurkan bagi menyedarkan dan mendidik masyarakat supaya menghargai papan tanda dan kemudahan awam yang lain. Kita haruslah mengambil serius agar perkara ini dapat dibendung untuk kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih :)


Blinking Cute Box CatAnna - Disney's FrozenAnna - Disney's Frozen